fb fb fb fb fb

Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi empat hari

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 Julai-Ketua Institusi Al-Azhar (Sheikh Al-Azhar), Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib, tiba di ibu negara bagi lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia.

Beliau bersama delegasi tiba dengan pesawat komersial kira-kira pukul 10.15 malam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Ketibaanya disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Sejurus tiba, beliau melintasi Kawalan Kehormat Setempat Batalion Pertama Rejimen Diraja terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat.

Lawatan Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyib adalah bagi memenuhi undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang lawatan rasmi Sheikh Al-Azhar, selain pertemuan bersama perdana menteri, beliau dijadual akan mengadakan lawatan serta sesi Bicara Eksekutif MADANI di Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam, Kuala Kubu Baharu, Majlis Ilmu MADANI di Kompleks Seri Perdana Putrajaya serta Sesi Pertemuan bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD