fb fb fb fb fb

SFZ di Forest City pemangkin KDNK negara

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi

ISKANDAR PUTERI, 13 Mei - Kerajaan negeri akan mengadakan kajian penanda aras keatas beberapa zon kewangan antarabangsa terkemuka lain bagi menarik pelaburan dan aktiviti perdagangan ke Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City, di sini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif SFZ diwujudkan bertujuan meletakkan Johor dan Malaysia dalam sektor kewangan serta perbankan antarabangsa di peta dunia.

Antara aktiviti utama yang difokuskan seperti Zon Kewangan Antarabangsa yang menawarkan perbankan korporat dan perkhidmatan global, Zon Kewangan Islam, Zon Kewangan Teknologi dan Zon Kewangan Khas.

"Kita berharap SFZ di Forest City kelak akan mampu menjadi pelengkap bahkan sebagai pemangkin atau pemangkin yang dapat menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Johor dan Malaysia, menambah pendapatan kerajaan disamping menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor,"kata Onn Hafiz menjawab lisan semasa Persidangan Ketiga DUN Johor ke -15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini.

Selain itu, insentif fiskal yang dipohon termasuk pengecualian dan penetapan khas cukai korporat, penetapan kadar khas cukai pendapatan individu kepada tenaga kerja mahir dan pengecualian pengurangan duti stem bagi instrumen berkaitan pindah milik hartanah dan saham.

TETITIA YUSOFF