fb fb fb fb fb

Sesi pemukiman kedua bincang cabaran, hala tuju ekonomi

Foto Jabatan Perdana Menteri

CYBERJAYA, 17 Januari- Matlamat memantapkan kerjasama antara Jemaah Menteri bersama-sama kepimpinan perkhidmatan awam dalam melaksanakan tindakan kerajaan akan dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sesi pemukiman kedua petang ini.

Menurut Jabatan Perdana Menteri, ia juga bagi mencapai penjajaran matlamat (alignment) serta mewujudkan rasa kebersamaan (joint ownership) dan kesatuan (unity) dalam kalangan anggota Jemaah Menteri terhadap pelan tindakan kerajaan yang berteraskan konsep 'whole of goverment' dan 'whole of nation'.

"Beberapa sesi wacana dan forum yang melibatkan pakar-pakar daripada sektor awam, sektor swasta, industri dan organisasi antarabangsa antara inti pati dalam pemukiman tersebut.

"Perkara yang dibincangkan meliputi aspek-aspek penting termasuk cabaran dan hala tuju ekonomi, kebajikan dan keselamatan sosial, pembangunan infrastruktur dan kemampanan, tadbir urus, inovasi dan komunikasi ke arah kemakmuran negara," menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, Anwar bersama-sama Jemaah Menteri tiba di sebuah resort di Cyberjaya pada pukul 2.42 petang tadi bagi sesi pemukiman itu.

Pemukiman berkenaan selaras hasrat Anwar menyampaikan mandat kepada semua Jemaah Menteri dan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam tentang hala tuju dan strategi kerajaan bagi tahun 2024 serta bagi jangka masa sederhana dan panjang.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM