SHAH ALAM, 15 Disember - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat perbincangan awal berhubung penyertaan
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam PKR.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR, parti berkenaan bersikap terbuka kepada mana-mana pemimpin yang mampu memberi sumbangan kepada parti tersebut.
"Kita tidak menafikan dan tidak pernah mengajak orang, tetapi kita sedia bincang dan parti ini terbuka... orang yang bekas Umno pun ada dalam Keadilan.
Sekarang ini ada perbincangan awal.
"Prinsip kita ambil sikap terbuka org yang bagi sumbangan. Tetapit dengan cara baik supaya hubungan dengan parti UMNO baik.
"Dasar kita tidak galakkan. Tetapi kita tidak halang malah hormat keputusan mereka", katanya demikian kepada pemberita pada Kongres Khas Nasional PKR di sini hari ini.
Jelasnya, meskipun perbincangan telah dibuat, permohonan rasmi daripada Tengku Zafrul belum diterima.
Terdahulu, Tengku Zafrul menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.