fb fb fb fb fb

Serangan lanun di perairan Timur Sabah semakin berkurangan-Tok Mat

Menteri Pertahanan, Datuk Sri Mohamad Hassan.

KUALA LUMPUR, 30 Oktober-Serangan lanun di perairan Timur Sabah melibatkan penculikan semakin berkurangan dan terkawal hasil rondaan sempadan yang dilakukan oleh pasukan penguatkuasaan, Kata Menteri Pertahanan, Datuk Sri Mohamad Hassan.

Menurut Mohamad Hassan penurunan kes berkenaan hasil daripada pemantau sempadan yang dilakukan daripada Simpang Mengayau ke Semporna yang dilakukan pasukan keselamatan selama tiga bulan.

Pada masa yang sama, Mohamad Hassan menjelaskan 'Long Range Radar ' (LRR)  di Labuan masih berfungsi dengan baik.

Bagaimanapun,  pihaknya berpendapat satu lagi LRR  perlu dioperasikan di Pulau layang-Layang bagi memastikan proses pemantauan dan pengawasan sempadan menjadi lebih efektif.  
"Jadi kita perlu satu radar 'Long Range Radar' lagi dioperasikan ataupun diletak di kawasan Pulau Layang-layang untuk kita melihat lebih jauh lagi ke depan supaya ia dapat menjangkau di luar kawasan EEZ kita.

"Jadi kita boleh tahu gerakan ataupun apa sahaja perkara yang berlaku di luar kawasan EEZ kita",kata Mohamad Hassan ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan wakil Tanah Merah, Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz

Tambahnya, proses perolehan sedang dilakukan untuk pengoperasian LRR tersebut malah ia telahpun diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD