fb fb fb fb fb

Serangan di Pakistan: Tiada rakyat Malaysia terlibat

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 10 November- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas berani mati di Quetta, Wilayah Balochistan, Pakistan, semalam.

Menurut Wisma Putra, tiada rakyat Malaysia terjejas akibat serangan tersebut.

Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyatakan sokongan padu kepada kerajaan Pakistan.

"Malaysia kekal komited dalam menyokong usaha masyarakat antarabangsa untuk memerangi keganasan dan menggalakkan kestabilan serantau.

"Malaysia juga sentiasa berpendirian teguh bahawa keganasan dalam semua bentuk merupakan ancaman.

"Ini bukan sahaja cabaran kepada kestabilan negara, tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa.

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad sentiasa memantau perkembangan itu dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad atau Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM