fb fb fb fb fb

Seorang melecur disyaki akibat kebocoran kimia di KIA

FOTO FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official)

KUCHING, 29 Mac- Seorang individu mengalami kecederaan melecur dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), Sarawak, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menerima panggilan pada pukul 3.35 petang mengenai kebocoran bahan kimia di CP 5, Mas Cargo di lapangan terbang terbabit.

Bertindak atas maklumat, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya seramai 11 anggota yang diketuai oleh Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II Mohamad Maramit bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya, bomba mendapati terdapat seorang mangsa melecur dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

Bomba menjalankan pemeriksaan terhadap bungkusan (parcel) yang dikhuatiri mengandungi bahan kimia dengan menggunakan alat pengesan khas.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati tiada bacaan kimia direkodkan dan bacaan udara adalah normal.

"Seterusnya pasukan bomba bersama pasukan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) KIA dan pihak Mas Cargo bertindak menjalankan pemeriksaan satu persatu guni 'parcel' yang disyaki mengandungi bahan kimia, tetapi tidak menemui sebarang bungkusan yang mengandungi bahan terbabit," menurut kenyataan di Facebooknya.

Sehubungan itu, pihak Mas Cargo dimaklumkan supaya menghubungi semula pihak bomba sekiranya menjumpai sebarang tanda penemuan bahan kimia.

SITI AISHAH MD ISA