(Foto Bomba Pahang)
TEMERLOH, 9 Julai- Seorang lelaki maut, manakala dua lagi cedera selepas dua kenderaan bertembung di Jalan Maran-Temerloh, di sini, tengah hari tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan Kia Sportage.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 1.38 petang.
Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin bersama sebuah jentera dengan bantuan BBP Bukit Angin, serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati pemandu Myvi tersepit di bahagian kerusi dan mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
Seorang penumpang Myvi dan pemandu Kia pula mengalami kecederaan.
(Foto Bomba Pahang)