Seorang lagi pegawai tertinggi ATM ditahan SPRM

Seorang lagi pegawai tinggi ATM ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah. Foto/BERNAMA

PUTRAJAYA, 14 Januari – Seorang lagi pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPRM menahan seorang lagi pegawai tinggi ATM untuk membantu siasatan kes rasuah.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan penahanan dan menjanjikan sidang media maklumat lanjut pada 15 Januari 2026.
  • SPRM menegaskan siasatan akan dijalankan secara profesional, telus dan mengikut undang-undang.

Perkembangan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang  memaklumkan, penahanan dibuat pada pukul 11 pagi tadi.

Menurut Tan Sri Azam, sebarang perkembangan dan maklumat lanjut mengenai kes tersebut akan dimaklumkan dalam satu sidang media SPRM yang dijadualkan berlangsung pada Khamis, 15 Januari 2026.

Beliau dalam pada itu memberi jaminan bahawa SPRM akan menjalankan siasatan secara profesional, telus dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Dalam hal berkaitan, Tan Sri Azam juga mengesahkan bekas Panglima Tentera Darat yang dikaitkan dengan isu rasuah sebelum ini telah dibebaskan selepas tamat tempoh tahanan reman pada 12 Januari lalu.