fb fb fb fb fb

Seorang bakal jemaah haji meninggal dunia di Mekah

Allahyarham Abnil Hajar Ismail

MEKAH, 27 Mei- Seorang bakal jemaah haji Malaysia, lelaki berusia 72 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di Mekah akibat pembuluh darahnya pecah pada Jumaat lepas.

Allahyarham Abnil Hajar Ismail disifatkan sebagai seorang yang rajin ke masjid seselain tiada perubahan ketara yang dilihat isterinya Sadiah Bakar, 72 tahun.

"Mak cik nampak dia (arwah) biasa sahaja, dia juga tak pesan apa-apa. Kami duduk beruda sahaja, anak-anak semua kerja, dua di Kuala Lumpur, seorang di Perak dan seorang lagi di Kedah," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu Pengurus Maktab 79, Al’Amin Jaminon berkata, Allahyarham seorang yang ceria dan tidak kelihatan tanda-tanda sugul.

"Allahyarham juga pernah mengadu sakit belakang dan semuanya telah ditukar dengan tilam baru. Cumanya selang beberapa ketika, Allahyarham masih mengadu sakit balakang.

"Jadi waris dibawa ke klinik. Saya nampak beliau (arwah) seorang yang ceria dan tiada nampak sebarang tanda-tanda sugul dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata Abnil Hajar Ismail dari Jitra, Kedah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 10.30 malam.

"Saya dimaklumkan dua hari lepas, kita terima berita dukacita kematian pertama (bakal) jemaah haji melibatkan lelaki berusia 72 tahun.

"Kematian disebabkan pembuluh darahnya pecah," katanya selepas majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia di Lapangan Terbang Antaarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mohd Na’im berkata TH akan menyediakan perkhidmatan badal haji secara percuma kepada Allahyarham Abnil Hajar dan perkara itu telah dimaklumkan kepada warisnya. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI