Sentimen kaum bukan alat alih perhatian isu rasuah

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 November – Perjuangan atas nama kepentingan kaum tidak seharusnya dijadikan alat untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu rasuah, penipuan dan kepentingan peribadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Segelintir pihak memainkan sentimen kaum untuk membangkitkan kebimbangan, walaupun kepentingan diri didahulukan.
  • Perjuangan sebenar mesti berpaut pada prinsip keadilan, kemanusiaan dan kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.
  • Ada tokoh yang lantang bicara soal survival kaum namun tergolong antara paling kaya, menambah kekayaan keluarga.
  • Jangan terpengaruh kepada naratif yang memecahbelahkan; perkukuh saling hormat dan nilai kemanusiaan untuk keamanan dan perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat pihak tertentu yang memainkan sentimen berkenaan bagi membangkitkan kebimbangan mengenai survival sesuatu kaum, sedangkan kepentingan diri dan keluarga didakwa menjadi keutamaan mereka.

Perjuangan sebenar perlu berlandaskan prinsip keadilan, kemanusiaan dan usaha meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Beliau turut mempersoalkan tindakan segelintir tokoh yang lantang membawa naratif kepentingan kaum, namun pada masa sama tergolong dalam kelompok yang mempunyai kekayaan besar.

“Lihat tokoh-tokoh yang bicara soal survival kaum. Mereka itu antara yang paling kaya dalam kalangan kita. Perjuangan itu perjuangan untuk memperkayakan diri mereka dan keluarga mereka,” katanya pada sambutan Hari Deepavali Peringkat Kebangsaan 2026 di ibu negara.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan naratif yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk.

Sebaliknya, semangat saling menghormati dan mempertahankan nilai kemanusiaan perlu terus diperkukuh bagi memastikan Malaysia kekal aman dan bersatu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.