fb fb fb fb fb

Semua pihak perlu bekerjasama, tingkat hak wanita

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah agar hak wanita diberi perhatian bagi memastikan golongan itu dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat sacara efektif.

Baginda bertitah, sejak 1962 wanita sudahpun mengambil bahagian dalam perkhidmatan yang menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara susulan sistem pendidikan dan penjagaan kesihatan yang semakin baik.

Bagaimanapun, Seri Paduka Baginda bertitah ada dalam kalangna wanita yang masih tidak dapat meneruskan kerjaya meskipun mereka mempunyai pendidikan tinggi.

"Sering kali wanita terpaksa berhenti kerja, selalunya disebabkan untuk menjaga anak atau orang tua mereka atau ahli keluarga yang memerlukan penjagaan khusus. Apabila keadaan itu berlaku, biasanya tiada ahli keluarga lain yang membantu mereka.

"Wanita terpaksa menjadi penjaga walaupun tanpa latihan khusus. Kebanyakan fasiliti penjagaan seperti pendidikan prasekolah dan rumah penjagaan orang tua pula, biasanya di luar kemampuan kewangan kebanyakan keluarga,” titah Raja Permaisuri Agong sempena sambutan Hari Wanita di sini.

Majlis yang bertemakan 'Penjagaan Ehsan dalam Masyarakat Penyayang' anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) berlangsung di M Resorts & Hotel Kuala Lumpur turut dihadiri kira-kira 1,000 peserta.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri KPWKM Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

TETITIA YUSOFF