fb fb fb fb fb

Semua pihak harus banteras sistem korup - PM

KUALA LUMPUR, 28 Januari - Semua pihak perlu bersama dalam membanteras sistem yang korup supaya kesejahteraan dapat dinikmati semua sebagai rakyat Malaysia.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kewujudan sistem berkenaan adalah disebabkan oleh pemimpin yang tamak dan pihak yang tidak bertanggungjawab.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina
anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) 

"Kelangsungan hidup orang melayu terkesan dengan sistem yang korup disebabkan ketamakkan pemimpin yang mencuri dana negara. Justeru, kita perlu bekerjasama bagi memastikan kita dapat menyelamatkan negara ini daripada rasuah, saya telah merujuk dokumen beberapa tahun lalu, saya mendapati terdapat projek pembangunan yang melibatkan komisen yang tinggi dan rasuah," katanya.

Pada masa sama, beliau juga yakin pihak berkuasa tidak akan melengah-lengahkan siasatan atau pendakwaan terhadap individu yang terbabit dengan rasuah.

Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Wisma Chinese Chamber.

Turut hadir bersama ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden ACCCIM, Tan Sri Low Kian Chuan, Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Sains dan Teknologi, Chang Lih Kang, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.


Media Baharu