JALAN TAMING SARI, 27 Februari - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka menganjurkan Program Semarak Ramadan di Pasar Tani Masjid Tanah pada 1 Mac ini.
Pengarahnya Nor Azhar Abdul Hamid berkata, penganjuran pasar tani khas itu juga bersempena sambutan 40 tahun pasar tani di negara ini.
Katanya, sejumlah RM45,000 nilai jualan disasar pada program berkenaan.
"Untuk makluman untuk Jualan Agro MADANI juga sempena dengan Semarak Ramadan ini merupakan satu inisiatif FAMA sempena sambutan 40 tahun pasar tani.
"Kita menggalakkan orang ramai datang pada 1 Mac di pasar tani Masjid Tanah. Kita ada pelbagai promosi menarik ada ayam, daging kombo MADANI dan sebagainya. Kita harap orang ramai di Melaka ini dapat hadir di pasar tani Semarak Ramadan pada 1 Mac di pasar tani Masjid Tanah," kata Azhar.
Beliau berkata demikian pada Program Jualan Agro MADANI anjuran RTM Melaka dan FAMA Melaka di Perkarangan RTM Melaka, di sini.