fb fb fb fb fb

Selisih faham, polis sambung siasatan pergaduhan artis

Artis tempatan selisih faham di Jalan Padungan

KUCHING, 31 Ogos- Polis akan menyiasat satu kes pergaduhan melibatkan seorang artis tempatan di Jalan Padungan, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Pemangku Asisten Komisioner (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dalam kejadian sekitar pukul 2.00 petang itu, dua individu dilaporkan bergaduh di hadapan Bulatan Padungan selepas berlaku perselisihan faham.

Selepas kejadian itu tular satu video berdurasi 43 saat di laman sosial memaparkan pergaduhan dua individu masing-masing berumur 34 tahun dan 40-an sehingga dileraikan oleh orang awam.

Bagaimanapun dua laporan polis telah difailkan kedua-dua suspek sejurus selepas kejadian namun digugurkan atas permintaan pengadu.

Pemangku ACP Farhan yang dihubungi RTM pagi tadi mengesahkan pihaknya menyambung semula siasatan dan berjumpa dengan kedua-dua suspek terbabit.

Kes disiasat bawah Seksyen 160, Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar dua atau mengganggu ketenteraman awam.

Sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda RM1,000.

Beliau turut mengingatkan orang awam untuk tidak mengambil tindakan sesuka hati dan sebarang kesalahan lalu lintas.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI