KUALA LUMPUR, 24 Julai - Golongan selebriti dan pempengaruh mempunyai tanggungjawab bersama memerangi budaya buli siber di media sosial.
Ini kerana golongan tersebut antara yang sering menjadi mangsa buli siber, pada masa sama mereka juga mempunyai pengaruh untuk membawa anjakan baharu mengenai penggunaan media sosial.
Pempengaruh yang juga seorang model , Jane Teoh berkongsi pengalamannya sebagai mangsa buli siber menerusi kempen #DareToShout.
"Kempen ini adalah kempen yang saya adakan bila saya bertanding daam Miss Universe, jadi saya ingin sambung kempen ini kerana saya rasa ia satu inisiatif yang baik.
"Saya rasa ia sangat relevan dengan pelajar masa kini. Ini kerana media sosial memainkan peranan penting dalam gaya hidup terutama pelajar dan saya rasa mereka perlu tahu ia sebagai satu tanggungjawab," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah Kempen AntiBuli Siber, di sini.