fb fb fb fb fb

Selangor tubuh pasukan khas, siasat GISBH

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari/BERNAMA

GOMBAK, 4 Oktober- Selangor menubuhkan satu pasukan khas bagi meneliti secara menyeluruh isu berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) supaya pembongkaran yang timbul ketika ini tidak berulang.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, unit tersebut turut memberi tumpuan kepada ahli kumpulan GISBH yang didedahkan dengan amalan Aurad Muhammadiah berkait ajaran al-Arqam yang difatwakan sesat sejak 1990-an.

"Pasukan khas yang saya tubuhkan itu untuk melihat secara menyeluruh perkara tersebut supaya kita tidak terlepas pandang."

Selain itu, sebagai salah satu daripada pengajaran, selepas kita urus Al-Arqam dan kita tangani Rufaqa' dan kali ini elemen yang sama, GISBH," kata Amirudin selepas merasmikan program Selangor 1000 Digital Siri Lima, di sini.

Jelas beliau, usaha itu juga memfokuskan terhadap bantuan kepada kanak-kanak yang diselamatkan daripada premis jagaan kumpulan berkenaan, termasuk membimbing dan memulihkan mereka.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM