fb fb fb fb fb

Siasatan rasuah MBI, Selangor sedia beri kerjasama

Amirudin Shari / Foto BERNAMA

KLANG, 26 Oktober- Selangor bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa berikutan siasatan kes rasuah yang dijalankan terhadap Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, semua pihak diminta tidak mengeluarkan kenyataan yang bersifat menuding jari atau yang boleh mengganggu siasatan pihak berkaitan bagi memastikan siasatan berjalan lancar.

"Tiada masalah kita akan menyampaikan maklumat yang sebaik mungkin untuk membersihkan sebarang keraguan dan untuk menjelaskan sebarang pertanyaan. Jika ada kesilapan atau masalah prosedur, kita akan membetulkan prosedur tersebut.

"Namun, jika terdapat isu yang melibatkan jenayah, tindakan lanjut terhadap pihak terlibat adalah di luar bidang kuasa negeri. Negeri akan melaksanakan penambahbaikan dan juga akan melakukan pemantauan supaya perkara tersebut tidak berulang," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Pemukiman Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia Peringkat Kebangsaan 2024 di sini.

Dalam perkembangan lain, Amirudin turut berhasrat mencadangkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk meningkatkan gred penghulu dan penggawa dengan mengambil kira peranan serta fungsi institusi pemimpin masyarakat dalam negara.

Malah, Amirudin bersedia membawa perkara berkenaan ke Parlimen.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM