fb fb fb fb fb

Sekurang-kurangnya 218 pakar paliatif diperlukan, di Malaysia

REMBAU, 1 Oktober - Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya, 218 pakar paliatif bagi menampung keperluan semasa.

Dianggarkan 150,000 pesakit dewasa memerlukan rawatan paliatif, namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya mampu menampung rawatan antara 10 hingga 15 peratus.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan ketika ini negara hanya mempunyai 19 pakar perubatan paliatif dan 32 pakar perubatan pelatih.

Angka itu masih rendah berbanding sasaran 70 pakar paliatif menjelang tahun 2030.

(Khairy bercakap pada sidang media selepas merasmikan
Sambutan Hari Hospis dan Rawatan Paliatif Sedunia 2022 di Hospital Rembau, di sini)

"Jadi sebab itu bawah pelan strategik, kita bukan hanya melihat kepada mengukuhkan rawatan paliatif di peringkat hospital dengan penambahan doktor pakar penambahan jururawat, tetapi juga meningkatkan akses kepada mereka yang berada di komuniti yang berada di rumah, melalui kerjasama dengan badan badan bukan kerajaan (NGO) seperti mana yang ada pada hari ini yang telah memberi kerjasama kepada KKM sepanjang beberapa dekad yang lepas," kata Khairy di sini.

Tambahnya, KKM juga mahu memastikan rawatan itu tidak hanya tertumpu di hospital semata-mata tetapi juga disediakan di klinik kesihatan dan rawatan di rumah.

Kebanyakan hospital negeri mempunyai Pakar Paliatif residen, manakala di Perlis, Terengganu dan Kelantan, perkhidmatan tersebut dijangka ditawarkan menjelang tahun 2025.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Media Baharu