fb fb fb fb fb

Sektor pelancongan sukan platform utama pacu ekonomi negeri Sarawak

Datuk Dr Ripin Lamat, pada Majlis Perasmian Kejohanan Muay Thai Piala Premier Sarawak 2024, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Naim Paragon Street Mall, Bintulu

BINTULU, 27 Mei- Sektor pelancongan sukan di Sarawak telah dikenal pasti sebagai salah satu platform penting dalam memacu ekonomi negeri dengan menyumbang pendapatan kepada pemain-pemain industri seperti perhotelan, makanan, pengangkutan dan sebagainya.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) meletakkan sasaran kedatangan seramai empat juta pelancong ke Sarawak.

Katanya, menurut statistik semasa, sebanyak RM3.07 bilion berjaya dijana pada suku pertama tahun 2024 daripada sektor pelancongan dan akan meningkat pada suku kedua, ketiga dan seterusnya kerana banyak program telah disusun atur oleh MTCP sehingga penghujung tahun ini.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat, pada Majlis Perasmian Kejohanan Muay Thai Piala Premier Sarawak 2024, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Naim Paragon Street Mall, Bintulu.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bagi memacu sektor pelancongan sukan, MTCP dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) sentiasa bekerjasama untuk menganjurkan pelbagai kejohanan sukan bertaraf dunia di Sarawak seperti muay Thai, tenis, tinju, tenpin boling dan banyak lagi.

Kejohanan Muay Thai kali ini disertai seramai lebih 200 atlet dari seluruh Malaysia negara selain turut menerima penyertaan daripada tujuh negara luar iaitu Brunei Darussalam, Indonesia (Kalimantan), Filipina, Thailand, Iran, Sudan dan Maghribi.

Pasukan D'Sha Muayfit Tawau, Sabah melakar sejarah apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2024, sepanjang tiga hari berlangsungnya kejohanan tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE