JOHOR BAHRU, 20 Januari - Sekolah-sekolah di Johor yang sebelum ini terjejas akibat banjir atau digunakan sebagai pusat pemindahan pementara (PPS) kini bersedia untuk memulakan sesi persekolahan baharu yang dijadualkan bermula Februari nanti.
Exco Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin berkata, penggunaan fasiliti sekolah semasa musim banjir juga memuaskan dan berjalan dengan baik hasil kerjasama kakitangan sekolah.
"Sesi persekolahan baru akan bermula pada pertengahan bulan Februari. Jadi persiapan di peringkat sekolah daripada segi pelaksanaan program, persiapan tempat dan bekas tempat PPS. Alhamdulillah saya semua baik. Sekolah yang dijadikan PPS ini sudah ada pengalaman, jadi tiada masalah untuk mereka menyediakan tempat yang baik sebelum sesi persekolahan itu bermula," kata Aznan.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menjadi tetamu di konti radio JOHORfm, di sini.
Banjir sebelum ini melibatkan 21 sekolah di Johor yang terkesan dan 94 fasiliti sekolah digunakan sebagai PPS. Seramai 285 murid di negeri itu turut direkodkan terjejas, minggu lalu.