fb fb fb fb fb

'Segulai Sejalai' sebagai tema perpaduan, pengiktirafan kepada Dayak dan Sarawak

Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaan Jawatankuasa Gawai Dayak 2023

KUCHING, 6 Februari- Penggunaan istilah 'Segulai Sejalai' sebagai tema perpaduan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu pengiktirafan kepada komuniti Dayak dan Sarawak.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dengan mengangkat frasa itu ke peringkat nasional sekali gus meletakkan identiti Sarawak sebagai sebuah negeri yang bersatu.

"Oleh itu adalah wajar rakyat di negeri ini untuk memastikan kesinambungan perpaduan yang dikecapi walaupun berbeza bangsa dan agama,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaan Jawatankuasa Gawai Dayak 2023 di Kuching malam ini.

Dalam majlis itu, Pengerusi Sambutan bagi Jawatankuasa Gawai Dayak 2023, Datuk Sri John Sikie Tayai menyerahkan kertas kerja penganjuran sambutan terbabit kepada komuniti Bidayuh bagi tahun ini kepada Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE