fb fb fb fb fb

'Scammer': Pengguna diminta peka dengan laman web, aplikasi mencurigakan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 23 April - 'Scammer' boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan guna pelbagai taktik.

Komponen dinamakan 'apk malware' yang menyamar sebagai aplikasi telefon pintar boleh menggodam sistem perbankan dalam talian pengguna.

Hanya dengan satu klik, pengguna berisiko kehilangan wang ringgit semasa melakukan transaksi dalam talian.

Menurut perunding kewangan, Farah Syazwani, pengguna dinasihat agar sentiasa peka dengan laman web atau aplikasi mencurigakan, selain menghubungi Pusat Respon Scam Kebangsaaan (NSRC) sekiranya terjerat helah 'scammer' di talian 997.

"Kita sebagai pengguna perlu sama 'sophisticated' dengan mereka (scammer), sentiasa 'update password' perbankan, bersihkan 'history' selepas transaksi 'online', juga jangan percaya tawaran pelaburan yang 'too good to be true' dan paling penting rujuk perunding kewangan bertauliah untuk sebarang kemusykilan," kata beliau.


(Foto hiasan)

Selain talian NSRC, Bank Negara juga bakal menguatkuasa langkah pencegahan wajib bagi transaksi perbankan dalam talian selewat-lewatnya Jun depan.

"Akan elak daripada 'online scam' yang kebanyakan guna 'link shopping' sebagai tujuan untuk dapatkan lebihan kewangan untuk diri mereka, jadi kalau saya shopping saya akan gunakan 'link' rasmi untuk mudah dapat 'refund' kembali," kata pegawai bank, Norhisham Osman.

"Penggunaan kad kredit atau debit agak selamat cuma pastikan kita tak kongsikan kita punya pin dan pastikan peniaga tidak salah 'key in' untuk elak lebihan caj, bayar pakai QR juga mudah sebab lebih rendah dan tak payah bawa tunai," menurut pegawai bank, Justina Bakri.

Data Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sejumlah 71,833 kes penipuan dengan nilai kerugian RM5.2 bilion direkodkan dari tahun 2020 sehingga Mei 2022.

Media Baharu