
KUALA LUMPUR, 10 April – Satu daripada tujuh kapal yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz telah selamat melepasi kawasan perairan terbabit dan kini sedang menuju ke Malaysia.
- Enam kapal lagi telah mendapat kelulusan dan sedang menunggu giliran melalui Selat Hormuz.
- Perkara dimaklumkan menerusi taklimat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik.
- Kerajaan berharap bekalan minyak bagi April dan Mei berada dalam keadaan sangat terkawal.
- Selat Hormuz laluan strategik; 20 peratus minyak mentah dan gas dunia terjejas oleh serangan berterusan Amerika Syarikat dan tentera Zionis terhadap Iran.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, enam kapal lagi telah mendapat kelulusan dan ketika ini sedang menunggu giliran untuk melalui laluan penting itu.
Jelasnya, perkara tersebut dimaklumkan kepada beliau menerusi taklimat oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz hari ini.
“Dengan ini kita harap bekalan minyak bagi April dan Mei dalam keadaan yang sangat terkawal,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah Kampung Cheras Baru Pandan di sini hari ini.
Laluan melalui Selat Hormuz, sebuah laluan sempit strategik yang menyaksikan 20 peratus daripada minyak mentah dan gas dunia melaluinya terjejas berikutan serangan berterusan Amerika Syarikat dan tentera Zionis terhadap Iran sejak 28 Februari lepas.