PUTRAJAYA, 19 Februari – Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) 2024 bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) akan mula dikeluarkan pada 26 Februari ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan sijil tersebut boleh diperoleh daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.
"Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) 2023 bagi MBPK telah selesai pada 7 Januari lalu. Seramai 4,886 MBPK daripada 841 sekolah di seluruh negara telah menamatkan sesi akademik 2024/2025 dan layak menerima SASM," menurut KPM menerusi kenyataan.
KPM turut menegaskan komitmennya untuk memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan bagi semua murid, seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
“SASM adalah cerminan agenda pendidikan manusiawi Kementerian dalam memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid tanpa ada yang terpinggir,” menurut kenyataan itu.