PUTRAJAYA, 4 Julai- Kerajaan optimis sasaran penempatan sebanyak 5,000 mesin layan diri di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu dicapai tahun ini, meskipun proses pelaksanaan IPR mencabar.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, 10,000 pemohonan yang diterima sedang disemak secara berperingkat berikutan padanan perlu dilaksanakan antara tempat tinggal pemohon dan lokasi kemudahan itu ditawarkan.
(Menteri Ekonomi Rafizi Ramli)
"Bila kita tawarkan tidak tentu terima. apabila kita tahu kerana kita kena sesuaikan, contohnya mesin layan diri di MRT Bangsar, jadi kita akan cari pemohon yang berada di radius tertentu untuk mereka terima atau tidak", katanya.
Setakat ini, sebanyak 100 buah mesin layan diri telah melalui proses perolehan dan beroperasi di tempat awam secara berperingkat.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perjumpaan Menteri Ekonomi bersama Warga Kementerian Ekonomi di Putrajaya.