fb fb fb fb fb

Pilihan raya enam negeri: Agihan kerusi PH-BN hampir selesai

(Datuk Seri Anwar menandatangani plak pada Majlis Pelancaran Buku Adab
Perbezaan Pendapat Dalam Islam)

PUTRAJAYA, 4 Julai- Rundingan agihan kerusi menjelang pilihan raya di enam negeri melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hampir selesai.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau telah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk memuktamadkan perkara tersebut.

Jelasnya tiada isu perebutan kerusi, namun beberapa pandangan serta isu berbangkit boleh dikemukakan pimpinan negeri dari PH atau BN.

"Hampir selesai semuanya cuma kita bagi ruang kalau orang nak bangkitkan dari negeri kita bincang. Tapi kalau saya dengan Datuk Seri Zahid, sudah selesai.

"Pengumuman nanti saya bincang dengan dia, jadi tiada isu pertindihan perebutan kerusi.

"Setakat ni tak ada. Saya bincang dengan Datuk Seri Zahid tidak ada. Cuma kita bagi ruang juga kalau ada lagi pandangan yang dikemukakan pimpinan negeri sama ada PH atau BN," kata Anwar kepada media selepas melancarkan buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam karya Dr. Taha Jabir Al-Alwani di sini.

Tambahnya beliau berkeyakinan gabungan PH-BN mampu mengekalkan kuasa di tiga negeri.

Selain itu tumpuan juga diberikan di dua negeri yang dilihat berpotensi diambil alih.

Ini pertama kali kekuatan PH dan BN disepadukan bagi menghadapi pilihan raya.

(Datuk Seri Anwar berkata agihan kerusi PH-BN hampir selesai)

Media Baharu