fb fb fb fb fb

Kanak-kanak maut jatuh dari tingkat 10 kondominium

(FOTO BERNAMA)

LABUAN, 4 Julai- Seorang kanak-kanak perempuan, warga tempatan berusia 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium awal pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Ahmad Jawila, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 5.28 pagi.

Siasatan mendapati mangsa tinggal di tingkat 10 bangunan berkenaan dipercayai telah terjatuh dari bahagian tepi bangunan berpagar berdekatan dengan lif kondominium tersebut.
 
"Pegawai perubatan telah hadir ke lokasi pada kira-kira 7.42 pagi dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
 
Mangsa telah dibawa ke Hospital Labuan dan di diserahkan ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat," katanya.


(Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Ahmad Jawila)

Katanya siasatan awal mendapati kejadian tidak melibatkan unsur jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang melihat kejadian tersebut diminta untuk tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan.

Media Baharu