fb fb fb fb fb

RTM lantik 148 panel penilai percepat proses pitching

(Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman pada Sesi Taklimat Panel Penilai Pitching
(Swasta Baharu dan Sambung Siri) hari ini)

ANGKASAPURI KOTA MEDIA, 4 Julai- Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus komited untuk menghasilkan kandungan yang lebih baik dan menarik untuk tontonan umum.

Ke arah itu, pada sesi saringan Perolehan Pembekalan Program Televisyen Tempatan (Swasta & Baharu dan Sambung Siar) Tahun 2023 yang akan bermula esok sehingga 17 Julai ini, seramai 148 panel penilai telah dilantik untuk membuat saringan kertas cadangan program TV terbitan syarikat produksi tempatan.

Daripada jumlah itu, 69 orang merupakan panel yang dilantik daripada kalangan petugas RTM dan selebihnya 79 orang, penilai luar, merangkumi pelbagai latar belakang termasuk ahli akademik, kakitangan kerajaan dari agensi luar RTM.

Mereka akan meneliti dan menyaring sebanyak 1,558 tajuk cadangan dari 907 buah syarikat tempatan. 

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman kepercayaan yang diberi kepada panel terpilih bukan sahaja dapat membawa lebih banyak pembaharuan kepada kandungan Program TV Tempatan Swasta Baharu dan Sambung Siri, malah menaikkan nama RTM ke peringkat antarabangsa.

"Dari segi kualiti dan dari segi banyak pembaharuan, bukan sahaja jalan cerita tetapi juga dari segi teknologi, dari segi 'look and feel' dan sebagainya supaya apabila orang hendak tengok sesuatu yang berkualiti, benda yang pertama ada dalam pemikiran mereka adalah RTM," kata Suhaimi selepas Sesi Taklimat Panel Penilai Perolehan Pembekalan Program Televisyen (TV) Tempatan (Swasta Baharu dan Sambung Siar) Tahun 2023 Fasa 1, 2023/2024 di sini.

Tambahnya, perolehan rancangan TV telah ditambah baik, menggunakan kaedah Request for Proposal (RFP) melalui proses saringan idea (pitching) bagi Program TV Tempatan Swasta Baharu dan Sambung Siri.

“Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh RTM untuk menambah baik kaedah perolehan program TV agar bersifat lebih adil, telus, value for money ( dan dapat membantu industri kreatif tempatan untuk berkembang maju,” tambah Suhaimi.

Proses pitching adalah saluran tepat bagi jabatan untuk menyaring proposal dan syarikat yang ingin ‘menjual’ idea mereka kepada stesen media kerajaan selain menjadi platform, membantu industri kreatif tempatan seterusnya mencipta ekosistem yang mampu memacu industri ini menjadi penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).  

Artikel berkaitan
Tambah panel penilai untuk percepat proses 'pitching' - KP RTM

(Suhaimi berkata perolehan rancangan TV RTM ditambah baik, percepat
proses saringan pembekalan program TV)

Media Baharu