fb fb fb fb fb

Melaka bentang RUU Antilompat Parti

(Datuk Seri Ab Rauf selepas meninjau lokasi pelaksanaan inisiatif 'No Right Turn' dan keadaan
trafik di Persimpangan Stadium Hang Jebat, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput- Ayer Keroh)

KRUBONG, 4 Julai- Melaka akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Antilompat Parti bagi melarang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, keputusan itu selari dengan tindakan Dewan Rakyat di peringkat Parlimen yang telah meluluskan RUU berkenaan pada Julai tahun lalu.

RUU itu akan dibentangkan dalam sidang DUN pada akhir bulan ini.

"Sidang DUN yang akan datang ini kita akan bentangkan mengenai Akta Antilompat Parti seperti yang dibentangkan di Parlimen. Melaka akan mengambil langkah kali ini untuk dibentangkan dalam sidang DUN.

"Mengikut apa yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan," kata Ab Rauf selepas meninjau lokasi pelaksanaan inisiatif 'No Right Turn' dan keadaan trafik di Persimpangan Stadium Hang Jebat, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput- Ayer Keroh (SPA) di sini.

Dalam pada itu mengenai pilihan raya melibatkan enam negeri termasuk Negeri Sembilan, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata UMNO Melaka juga akan menghantar bantuan jentera pilihan raya.

Antara kawasan yang dikenal pasti ialah Dewan Negeri Rembau, Port Dickson dan Tampin.

(Pelaksanaan inisiatif 'No Right Turn' dan keadaan trafik di Persimpangan Stadium Hang Jebat,
Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput- Ayer Keroh)

Media Baharu