fb fb fb fb fb

Sarawak gunakan benih padi hibrid, jangka hasil 240,000 tan metrik

Projek jelapang padi di Stumbin

SRI AMAN, 10 Mac- Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menyediakan tanah seluas 1,500 hektar bagi tujuan tanaman padi menggunakan kaedah tanaman moden di sini, kata Premier negeri itu Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada sasaran ke arah mewujudkan 20,000 hektar tanaman padi seluruh negeri berkenaan.

Ia akan menggunakan benih hibrid dari Vietnam yang diyakini mampu meningkatkan keluaran sehingga 240,000 tan metrik menjelang 2030 bagi kegunaan domestik.

"Saya telah bersetuju untuk cuba 1,500 hektar tanah kerajaan dengan teknologi baharu ini dengan harapan tanah-tanah lain yang berkepunyaan turut menggunakan kaedah sama," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Jelapang Padi di Stumbin di sini.

Dalam sidang media sama Abang Johari menjelaskan teknik penanaman moden Lubuk Punggur turut akan dipanjangkan kepada pemilik tanah persedirian.

Beliau menjangkakan hasil pengeluaran itu dapat menstabilkan harga beras import di pasaran tempatan selain akan mengumumkan jumlah peruntukan yang besar untuk sistem pengairan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI