fb fb fb fb fb

Sarawak cadang bina empangan hidro Melata menjelang 2030

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada Selasa/Foto Facebook

KUCHING, 31 Januari - Sarawak Energy Berhad (SEB) akan memimpin Sarawak ke arah pembangunan sektor tenaga boleh diperbaharui seperti teknologi tenaga hijau melalui solar, biojisim dan empangan hidro melata menjelang 2030.

Bagaimanapun, Menteri Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, berkata projek berkenaan perlu mendapat persetujuan pemimpin setempat.

"Sebenarnya kerajaan telah menerima tiga permintaan termasuk daripada pemimpin setempat untuk membangun projek empangan Melata.

"Walaupun ada bantahan segelintir penduduk namun ia tidak seharusnya menenggalamkan suara majoriti yang inginkan projek berkenaan dilaksanakan di kawasan mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Utiliti dan Telekomunikasi di sini, pada Selasa.

Julaihi berkata, Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak yang diluluskan pada November 2023 yang akan berkuat kuasa esok memperuntukkan syarikat berkaitan kerajaan negeri, iaitu SEB menjadi Pembeli Tunggal kepada perolehan serta pengagihan tenaga boleh diperbaharui melalui sistem grid yang merangkumi seluruh negeri ini. 

Justeru, SEB perlu merangka strategi terbaik dalam memangkin perkembangan sektor tersebut khasnya dalam pembangunan empangan hidro melata yang tidak melibatkan kesan sosial atau kesan terhadap alam sekitar. 

Kementeriannya bersama-sama dengan SEB akan memastikan komuniti setempat diberi pendedahan serta pemahaman mengenai konsep pembangunan empangan melata sebelum ia dilaksanakan. 

GRACE AISYAH KEDAYAN