fb fb fb fb fb

Sarawak antara negeri penting pacu pertumbuhan dan pembangunan negara

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat di negeri itu.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook berkata, Sarawak kini menjadi antara negeri yang memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan negara.

"Kerajaan Persekutuan akan sentiasa memberi dukungan agar kita dapat secara bersama memungkinkan kesejahteraan buat seluruh rakyat Sarawak," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memaklumkan Sarawak ialah negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan rencam suku kaum, dan menjadi faktor pengikat yang menjamin kesatuan, perpaduan dan kasih sayang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI