fb fb fb fb fb

SAR budak lima tahun dikhuatiri lemas diteruskan

FOTO JBPM

PEKAN, 12 Disember- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai berhampiran Tadika Perkampungan Banjir Kampung Sepayang, Kuala Rompin, Pahang diteruskan hari ini.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Rompin, Afandi Ab Halim berkata, mangsa, Rizki Madina Jamaluddin berusia lima tahun dikhuatiri lemas semasa memancing bersama kawan-kawannya di sungai terbabit.

Pasukan bomba daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Rompin telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pukul 4.43 petang  bagaimanapun ditangguhkan pada pukul 7.15 petang semalam.

Operasi diteruskan hari ini, di sekitar sungai tersebut dan setakat  pukul 12.48 tengah hari melibatkan 60 orang Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pekan dan empat orang PPDA dari Kuantan bersama-sama anjing pengesan.

Antara agensi terlibat dalam operasi tersebut termasuklah  Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam.

Sehingga kini operasi masih dijalankan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE