fb fb fb fb fb

Sambutan Maal Hijrah peringkat Labuan di Masjid Jamek Layang-Layangan

Sambutan Maal Hijrah peringkat Labuan

LABUAN, 7 Julai- Selaras tema 'Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI', konteks kesepaduan dalam mengatasi cabaran, serta bermuafakat untuk berinovasi antara kunci pemimpin kini dalam meraih kejayaan, demi kepentingan umat keseluruhannya.

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Nik Azlan Nik Man berkata, kepimpinan Nabi Muhammad SAW melalui peristiwa hijrah dengan berjaya menyatukan puak-puak berselisih menjadi ummah yang bersatu serta kejayaan membentuk nilai kemanusiaan sejagat harus diteladani masyarakat.

Nik Azlan berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Labuan di sini semalam.

Selain ceramah, majlis yang bertempat di Masjid Jamek Layang-Layangan di sini itu diisi dengan doa akhir dan awal tahun, solat maghrib serta bacaan yasin.

Turut hadir Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

SITI AISHAH MD ISA