fb fb fb fb fb

Saluran paip gas punca kebakaran telah diasingkan - PGB

Tangkap layar video tular daripada orang awam di media sosial/ Facebook SJ Echo

SUBANG JAYA, 1 April- PETRONAS Gas Berhad (PGB) mengesahkan saluran paip gas berhampiran Putra Heights di sini yang menyebabkan kebakaran besar telah diasingkan, manakala semua pihak berkepentingan telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Kenyataan dikeluarkan syarikat itu turut mengesahkan kejadian yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

"PGB mengesahkan kebakaran berlaku pada 01/04/2025 pukul 0810hrs di saluran paip utama PGB berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut stesen runcit PETRONAS di kawasan sekitar tidak terjejas.

Pihak PGB kini sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk menguruskan keadaan dan akan menyalurkan maklumat tambahan dalam masa terdekat kerana siasatan masih dijalankan.

"Keselamatan masyarakat sekeliling, alam sekitar dan keselamatan bekalan gas kepada negara terus menjadi keutamaan kami," menurut kenyataan.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA