fb fb fb fb fb

RUU Perubahan Iklim dibentang tahun depan - NRES

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR, 8 Februari- Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim disasar akan dapat dibentang tahun depan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan ketika ini penggubalan RUU tersebut berada di peringkat awal. Selepas itu, sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan akan diadakan termasuk wakil Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

"Kita sasarkan RUU diperkenalkan sebagai satu undang-undang payung untuk mengumpul semua perundangan, dasar yang berkaitan perubahan iklim."

"Kita akan juga akan mulakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan pihak berkepentingan lain pada separuh pertama tahun ini untuk kita mengumpul pandangan-pandangan mereka," kata Nik Nazmi dalam sidang media di sini.

Sidang media diadakan selepas Sesi Dialog Pasca Persidangan ke-28 Pelbagai Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC-COP28) dan Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim di ibu negara.

Beliau menyifatkan RUU itu bakal menjadi satu dasar yang mengikat negara daripada segi komitmen terhadap perubahan iklim.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM