fb fb fb fb fb

RUU Perkhidmatan Parlimen, DUN penting untuk pengasingan kuasa

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul / Foto Bernama

KUCHING, 13 September - Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen dan RUU Perkhidmatan Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat perlu bagi memartabatkan doktrin pengasingan kuasa antara badan perundangan dan badan eksekutif.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul berkata penggubalan itu adalah salah satu daripada sembilan resolusi dan cadangan kepada kerajaan dalam usaha mereformasikan peranan Parlimen dan DUN.

“Insya-Allah, setiap speaker akan membawa resolusi ini ke dewan masing-masing dan membincangkannya dengan pemerintah, mengumumkan bahawa ini adalah resolusi yang telah dicapai dalam persidangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia, di sini.

Tambah Johari, langkah itu juga bertujuan memastikan speaker hanya menumpukan kepada tugas dalam sidang Parlimen dan DUN sahaja, tanpa terlibat sebagai setiausaha dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN