fb fb fb fb fb

RUU Perbekalan 2023 dibentang di Dewan Negara

(Foto Bernama)

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rang Undang Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Negara.

Pembentangan bermula pukul 10.30 pagi tadi.

Sebelum ini, Belanjawan 2023 Malaysia Madani dibentangkan di Dewan Rakyat pada 24 Februari dan dibahaskan serta diluluskan di peringkat dasar.

Belanjawan 2023 memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion untuk perbelanjaan mengurus.

Manakala RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Selepas dibentangkan, Belanjawan 2023 akan dibahaskan oleh ahli Dewan Negara di peringkat dasar dan jawatankuasa kementerian sebelum diluluskan.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang
Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Negara/Foto Bernama)

Tidak kurangkan peruntukan kerajaan negeri

Dalam pembentangannya, Perdana Menteri turut menyangkal kenyataan fitnah yang mendakwa sesetengah negeri menerima peruntukan kurang.

Tegas beliau, kerajaan tidak mengurangkan sebarang peruntukan malah ditingkatkan tahun ini.

"Saya harap hentikan soal tohmahan fitnah bahawa kita kurangkan atau kita anak tirikan, tidak boleh kerana saya jadi Menteri Kewangan bagi rakyat Malaysia, bukan bagi negeri-negeri yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Tambahnya, pemberian dan bantuan kewangan Persekutuan kepada kerajaan negeri ditadbir pembangkang juga telah meningkat.

Sejumlah RM1.43 bilion diperuntukkan bawah Belanjawan 2023 kepada negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Media Baharu