fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM46.06 bilion dalam sistem konvensional dan RM29.34 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta, masing-masing bertempoh tujuh dan 30 hari.


(Foto hiasan)

Ia juga akan mengendalikan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender RM300 juta selama 30 hari dan tender RM390 juta (61 hari) serta tender Program Murabahah Komoditi (CMP) RM1 bilion untuk jangka masa 30 hari.

Selain itu, BNM telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jualan dan beli semula serta  kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM44.8 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM27.3 bilion bagi tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

Media Baharu