fb fb fb fb fb

LLM, syarikat konsesi kerjasama laksana sistem pembayaran tol terbuka

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya untuk melancarkan pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka.

Ia dengan mengambil kira keseluruhan persekitaran sistem tol sedia ada.

LLM menerusi kenyataan memaklumkan pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka itu juga adalah inisiatif awal bagi peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang giat diusahakan ketika ini.

"Ini merupakan langkah yang tepat dalam usaha kerajaan/kementerian memberi pilihan serta kemudahan kepada pengguna bagi tujuan pembayaran tol di lebuh raya," menurut kenyataan itu hari ini.

(Foto Hiasan)

Dalam pada itu, LLM mengharapkan pengguna lebuh raya memberi komitmen dan sokongan berterusan untuk penambahbaikan pengoperasian lebuh raya bertol dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada mereka.

Media Baharu