fb fb fb fb fb

Bantuan Khas Aidilfitri RM200 untuk pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-undang
Perbekalan (2023) di Dewan Negara, hari ini) 

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan bantuan yang berjumlah RM170 juta tersebut dapat meringankan beban golongan berkenaan menjelang Aidilfitri.

"Saya bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sebanyak RM200 lagi tambahan daripada telah diumumkan, ini akan menelan belanja sebanyak RM170 juta," kata beliau ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2023) di Dewan Negara, di sini hari ini.

(Foto fail)

Sebelum ini, kerajaan telah menyediakan bantuan sehingga RM300 sebulan kepada golongan nelayan.

Belanjawan 2023 juga menyediakan sumbangan tunai kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan semusim.

Kerajaan turut bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah.

Media Baharu