fb fb fb fb fb

Bantuan khas RM300 kepada anggota Rela dan sukarelawan APM, polis, bomba

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto Bernama)

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM300 kepada lebih 200,000 orang anggota Rela, sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, polis dan bomba.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan diharap dapat membantu menambah keperluan sukarelawan beruniform menjelang Aidilfitri.

"Ini pengumuman baharu, sebab saya sebut tadi ada kategori bila kita teliti tidak dapat manfaat yang sama. Kategori ini ialah sukarelawan termasuk Rela, Angkatan Pertahanan Awam, sukarelawan polis dan sukarelawan bomba.

"Ia berbeza dengan pekerja tetap ataupun polis bantuan, itu tak termasuk tapi kategori sukarelawan ini 200,000 orang yang tidak mendapat manfaat, mereka juga hadapi masalah menjelang Aidilfitri, maka saya setuju untuk memberikan sagu hati sebanyak RM300," katanya.

(Foto Fail)

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) di Dewan Negara.

Bayaran bantuan khas berkenaan akan dibuat pada pertengahan bulan April.

Media Baharu