fb fb fb fb fb

RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 diluluskan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengadakan sidang media di Dewan Rakyat / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Julai - Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia bukti kerjasama padu antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Persekutuan di bawah semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Yang penting keputusan besar dasar sudah ada sekarang ini dan akhirnya diharapkan nanti sebelum penghujung tahun  ini segalanya dapat dimuktamadkan termasuk perundingan dari segi perundingan komersial di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan ... apa yang akan dibayar Kerajaan Persekutuan hasil daripada pelaburan-pelaburan yang lepas, juga pengambilan aset dan sebagainya.

Ke arah itu tiga jawatankuasa dibentuk iaitu Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pegawai, Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Khas.

Beliau berkata dalam sidang media di Parlimen.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN