RUU had tempoh jawatan PM akan diluluskan – TPM

Datuk Seri Fadillah menghadiri Majlis Iftar PETRA di Putrajaya.

PUTRAJAYA, 4 Mac – Kerajaan yakin Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diuluskan apabila diusul semula, Jun depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan yakin RUU mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diluluskan apabila diusul semula Jun depan.
  • Keyakinan berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen dan komitmen kerajaan terhadap reformasi institusi untuk kestabilan negara.
  • RUU gagal capai dua pertiga undi sebelum ini; perlu sekurang-kurangnya 148 sokongan, 32 tidak hadir dan 44 berkecuali.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keyakinan itu bersandarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen serta komitmen kerajaan untuk melaksanakan reformasi institusi yang disifatkan penting demi kestabilan negara.

“Apa yang diputuskan ialah kita akan membawa semula rang undang-undang ini ke Parlimen dan saya yakin kali ini kita akan mendapat kelulusan. Ini merupakan satu reformasi yang baik untuk negara kita.

“Memang ada pandangan berbeza, ada yang mempersoalkan keperluan mengehadkan tempoh jawatan, dan seperti biasa, perkara ini ada pro dan kontra. Namun, kerajaan berpandangan bahawa mengehadkan tempoh itu adalah langkah terbaik buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Iftar Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di sini.

Katanya kepada media selepas menghadiri Majlis iftar Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Putrajaya.

Beliau mengulas perkara itu ketika diminta memberi reaksi berhubung lapan Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang tidak hadir semasa pengundian RUU berkenaan pada Isnin lalu.

RUU berkenaan tidak memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen berkecuali.

Ia berdasarkan keputusan undi belah bahagian yang diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, selepas dibahas oleh 41 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Sebarang kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan Ahli Parlimen.