fb fb fb fb fb

Rundingan pembinaan WISE Gopeng-K.Kangsar kini di peringkat akhir

 (FOTO HIASAN)

BAGAN SERAI, 16 September- Pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar memasuki fasa akhir rundingan sebelum dilaksanakan.

Pengerusi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, projek sepanjang 60 kilometer itu masih di peringkat perbincangan dengan pihak konsesi dan akan selesai selewat-lewatnya Disember ini.

"Saya jangkakan perundingan dengan syarikat konsesi ini akan selesai sehingga selewat-lewatnya bulan Disember dan selepas itu kita akan lihat tindakan apa yang perlu kita ambil,"katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai status baki jajaran Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) membabitkan laluan Beruas ke Changkat Jering, jelas beliau, laluan sejauh 35.5 kilometer itu dijangka akan beroperasi pada Januari tahun depan.

Tambahnya, sebanyak RM5.2 bilion diperuntukkan bagi pembinaan keseluruhan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) sejauh 233 kilometer (km) dari Rawang ke Changkat Jering.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) di Masjid Al-Mahmuddiah, Matang Pasir, Alor Pongsu, Bagan Serai Perak.


(Pengerusi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Datuk Seri Jalaluddin Alias)

Media Baharu