fb fb fb fb fb

Rumah terbuka MB Johor meriah

JOHOR BAHRU, 3 Mei - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar.

Turut berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama isteri, Cik Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Rumah Terbuka yang berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, di Saujana di sini dihadiri kira-kira 10,000 orang terdiri daripada berbilang kaum.

"Alhamdulillah ramai rakyat Johor tertunggu, kita tidak sambut semalam tetapi syawal kedua meriah jadi kita berharap sampai ke petang," kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang ditemui pemberita pada majlis berkenaan.

(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi)

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan barisan exco kerajaan Johor.

Media Baharu