fb fb fb fb fb

Rumah terbuka jadi wadah perpaduan kaum

Jelasnya, walaupun Malaysia menjadi negara maju, ia tidak membawa makna sekiranya berlaku perpecahan kaum dalam kalangan rakyat.

GEORGE TOWN, 14 April- Penganjuran rumah terbuka mampu menjadi wadah perpaduan kaum, sekali gus mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata perkara itu menjadi elemen penting dalam memastikan agenda yang direncana kerajaan untuk pembangunan negara dapat dicapai.

Beliau yang juga Pengerusi DAP negeri berkata, selain memberi fokus kepada ekonomi, semangat kekitaan dalam kalangan rakyat perlu disemai dan diberi perhatian.

Jelasnya, walaupun Malaysia menjadi negara maju, ia tidak membawa makna sekiranya berlaku perpecahan kaum dalam kalangan rakyat.

"Kita perlu ambil perhatian apa yang berlaku di negara.

"Kita memerlukan semangat perpaduan bersama-sama di peringkat Persekutuan demi membawa negara ke hala tuju pemulihan ekonomi, di samping menjaga kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP Pulau Pinang di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Shang Wu, di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM