fb fb fb fb fb

Kebakaran: 14 penghuni rumah sewa hilang tempat tinggal

(Keadaan kediaman yang musnah dalam kebakaran pagi tadi)

KUCHING, 7 April- Seramai 14 orang penghuni sebuah rumah sewa hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Lorong 5 Kampung Tabuan Dayak di sini, pagi tadi.

Laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri (JBPM) Sarawak menyatakan kejadian melibatkan sebuah rumah kayu dua tingkat yang turut memusnahkan dua buah kereta dan sebuah motosikal.

Dua buah jentera bersama 18 anggota masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan BBP Batu Lintang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada pukul 9.15 pagi.

Kebakaran berjaya dikawal sekitar pukul 9.50 pagi dan kesemua mangsa dilaporkan selamat.

Operasi ditamatkan pada pukul 10.17 pagi.

(Rumah kayu dua tingkat yang musnah terbakar pagi tadi)

Media Baharu