fb fb fb fb fb

Rumah dua tingkat berstruktur separuh kekal musnah terbakar

Foto JBPM Sarawak

SERIAN, 20 Februari-Sebuah rumah dua tingkat berstruktur separuh kekal di Kampung Stabun, di sini musnah akibat kebakaran pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, PGO Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.55 pagi.

Seramai 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian dan Siburan digerakkan ke lokasi kebakaran.

Anggota Bomba bertindak melakukan pemadaman secara’ offensive’ dan ‘defensive’ menggunakan sumber air dari pam jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan.

Operasi pemadaman ditamatkan pada pukul 8.25 minit pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan nilai kerugian sedang disiasat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD